Ada banyak ilmu yang manusia ciptakan dan gunakan untuk membuat kehidupan di bumi ini lebih selesa. Sebenarnya tidak ada yang manusia ciptakan secara independen kerana semua berasal dari Allah. Jadi meskipun ilmu-ilmu yang dimiliki nenek moyang kita di dunia moden ini dianggap tahyul kerana tidak dapat dibuktikan secara ilmiah dalam sebuah laboratorium, kenyataannya adalah bahawa ilmu-ilmu tersebut ternyata cukup berkesan, tepat dalam persentase yang cukup tinggi, dan berhasil menyelesaikan banyak masalah.
Setiap orang yang dilahirkan sebenarnya sudah mempunyai bar kod yang tidak boleh diubah iaitu tarikh lahir diri anda. Dengan menggunakan tarikh lahir, banyak kajian yang terbukti 90-95% berkesan akan didedahkan kepada anda.Setiap Insan memiliki Rahsia unik & Istimewa disebalik tarikh kelahiran masing-masing. Takdir kelahiran manusia ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Saat kelahiran seseorang dilihat sebagai saat insan tersebut hadir (lahir) ke sistem alam yang sedia pada kitaran dan ketetapannya. Lalu, memahami rahsia tarikh pada hari tersebut umpama membongkar POTENSI DIRI yang tersembunyi. Potensi ini memiliki kekuatan & kelemahannya. Pertembungan nombor-nombor pada digit-digit tarikh menyimpan maklumat-maklumat yang tersendiri.
Dengan Membongkar RAHSIA AGUNG ini merupakan sebuah pengalaman yang menarik dan unik. Kaedah ini bukan menilik nasib,horoskop atau ramalan nasib sebab tidak ada elemen tersebut dalam program ini namun melihat pattern atau corak yang membentuk kebarangkalian yang mempunyai daya ketepatan yang tinggi. Umpama ahli astronomi & astrologi mengkaji alam untuk mengetahui arah tiupan angin, cuaca, peredaran bintang, peralihan bulan, waktu solat, perubahan musim, tarikh berpuasa, hari raya dan lain-lain.. ianya mempunyai POLA CORAK yang boleh dikodkan. Menyah-kodkannya akan memberikan beberapa maklumat berguna untuk PANDUAN manusia.
AMARAN!
Ini Bukan Ilmu Tilik Nasib, Amal Nujum, Horoskop, Paranormal Atau Yang Berkaitan Dengannya.
Ini Adalah Ilmu Sains Kajian Atau Sains Tingkah Laku Manusia
Mengenal diri sendiri …
Kunci proses pengembangan diri adalah mengenal diri sendiri. Ini tidak hanya berlaku bagi keberhasilan di bidang karier, melainkan juga di berbagai bidang kehidupan lainnya, termasuk keluarga, sosial masyarakat, dan spiritual. Dengan mengenal diri sendiri, seseorang mengetahui apa yang mesti jadi tujuan hidupnya. Ia menyedari kemampuan dan bakat-bakatnya serta tahu bagaimana menggunakannya demi mencapai tujuan tersebut. Dengan demikian ia lebih mampu menemukan makna dan kepenuhan dari hidupnya.
Jawablah dengan jujur, apakah anda benar-benar mengenal diri anda sendiri?
Ada banyak method mengenal diri. Salah satunya adalah dengan Rahsia Tarikh Lahir. Apa pun bentuk method yang dipilih, tuntutan dasarnya adalah seseorang harus jujur pada dirinya sendiri. Ambil contoh mudah, banyak orang tidak jujur ketika menulis artikel mengenai dirinya, terlebih lagi bila hasil penulisan artikel tersebut dinilai oleh pihak lain. Mereka mengira dengan menulis jawapan yang ideal, mereka akan mendapatkan hasil penilaian yang baik, padahal mereka sedang membohongi diri mereka sendiri, yang justeru mengagalkan proses pengembangan diri. Penyebab utamanya adalah kerana banyak orang bersikap untuk memenuhi harapan orang lain. Ketidakjujuran dan ketidakmampuan untuk bersikap apa adanya membuat mereka tidak menjadi diri mereka sendiri.
Apakah anda jujur pada diri anda sendiri?
Seringkali menjadi jujur pada diri sendiri terasa menyakitkan. Banyak orang merasa gagal dalam kariernya. Mereka menganggap orang lain dan lingkungan sebagai sumber kegagalan. Mereka mengingkari bahawa penyebabnya justeru berasal dari dalam diri mereka sendiri. Di lain pihak, seringkali pula orang tidak mampu jujur pada diri sendiri kerana salah dalam memahami keberhasilan yang sedang diraihnya. Banyak orang berhasil lalu mengira mampu melakukan apa saja. Mereka mengembangkan kedua belah lengannya lebar-lebar dan menyangka akan berhasil di semua hal. Mereka tidak mahu mengakui bahawa ada batas-batas yang tak mungkin dilalui. Jujur pada diri sendiri adalah bersedia untuk menerima segala sesuatu apa adanya. Mengenali diri sendiri adalah belajar untuk menilai dan memahami diri sendiri dengan fikiran jernih tanpa dibebani dengan prasangka, harapan, ketakutan dan perasaan-perasaan lain.
Mahukah anda memaafkan segala sesuatu yang telah terjadi, dan menerima sebagaimana adanya dengan hati lapang?
Mengenal diri sendiri bukan sekadar mengenal nama, alamat, usia, dan apa-apa yang tercantum dalam curiculum vitae. Mengenal diri sendiri adalah proses dan hubungan kejiwaan antara seseorang dengan dirinya sendiri. Dalam kehidupan sehari-hari, orang terbiasa untuk berhubungan dengan orang lain. Mereka mengembangkan berbagai cara komunikasi efektif dengan orang lain demi tercapainya tujuan. Demikian pula halnya dengan belajar mengenal diri sendiri, seseorang harus mengembangkan bentuk komunikasi kejiwaan yang baik dengan dirinya sendiri. Mereka harus menumbuhkan kemampuan untuk melihat dan mendengar apa yang dikatakan oleh dirinya sendiri agar mampu memahaminya dengan baik. Proses ini adalah ketrampilan yang harus diasah terus-menerus. Pada awalnya selalu terasa berat, kerana sebelum bertindak seseorang harus mengkomunikasikannya terlebih dahulu dengan dirinya sendiri, “apakah ini adalah sesuatu yang sesuai dengan diri saya? apakah ini benar-benar menjadi keinginan diri saya?” Dengan kata lain proses mengenal diri sendiri adalah proses membangkitkan kesedaran diri. Dan, bahagian terberat dalam proses ini adalah belajar untuk disiplin.
Apakah anda sanggup melakukan disiplin diri?
Salah satu bentuk disiplin yang menuntun pada pengenalan diri adalah mengamati diri secara cermat – mengamati setiap perasaan, fikiran, harapan, keinginan, kegembiraan dan lain-lain yang terjadi dalam diri sendiri. Para spiritualis biasa melakukan ini dengan bermeditasi, khusyu’, mengheningkan cipta, atau berbagai istilah lain. Pengamatan ini menumbuhkan kesedaran yang lebih tenang, yang mampu melihat secara jernih fikiran dan perasaan yang sedang terjadi, kemampuan, bakat dan ketrampilan yang dimiliki, kekuatan dan kesempatan untuk menggunakan semua fikiran, perasaan, kemampuan, bakat dan ketrampilan itu untuk sebaik-baiknya kehidupan karier. Pengamatan diri ini dapat dilakukan di setiap saat sembari melakukan kegiatan sehari-hari. Justeru dalam kegiatan sehari-hari itulah seseorang berkesempatan untuk menyedari betapa banyak gejolak fikiran, perasaan yang muncul silih berganti.
Apakah anda bersedia menjadi diri anda sendiri?
Banyak orang mengaburkan erti menjadi “diri sendiri” dengan “semahunya sendiri”. Menjadi diri sendiri melalui proses mengenal diri adalah menumbuhkan pengendalian diri kerana dalam mengembangkan dirinya seseorang harus senantiasa berjalan pada potensi-potensi yang dianugerahkan padanya. Selain itu, banyak orang menjadi apa yang dikatakan orang lain dan menganggapnya itu sesuai dengan dirinya. Yang perlu disedari adalah bahawa setiap orang itu berbeza dan unik. Tak ada orang yang sama. Mereka dianugerahi kemampuan, potensi dan bakat yang berbeza-beza.Tugas manusia adalah menggunakan semua itu untuk kemajuan kehidupan ini. Tujuan mengenal diri untuk pengembangan karier adalah mengenal apa potensi-potensi, bakat-bakat, kemampuan dan ketrampilan yang ada pada diri agar dapat digunakan untuk kemajuan karier. Selain itu, mengenal diri akan menumbuhkan kesedaran dan pengendalian diri, suatu bentuk pengembangan emosi dan spiritual yang diperlukan untuk mengiringi langkah kemajuan karier,kesihatan,kehidupan dll.
KEGIATAN ALTERNATIF
Ambil waktu senggang, carilah suasana tenang. Persiapkan diri anda untuk melakukan kegiatan ini. Mungkin kegiatan ini akan berlangsung selama 30 minit atau lebih. Dalam melaksanakan kegiatan ini bersikaplah seperti menonton filem kehidupan anda. Jangan biarkan emosi anda terlibat. Berusahalah untuk menerima apa yang telah terjadi. Bila anda bermaksud menafsirkan apa yang mungkin terlintas dalam kegiatan ini, maka anggaplah bahawa tidak ada sesuatu pun yang sia-sia, selalu bertujuan, dan baik bagi pengembangan diri.
1. Ambillah sehelai kertas, tuliskan nama, tempat dan tarikh lahir, dan data pribadi anda lain yang patut anda ketahui. Mampukah anda mengenal diri anda melalui data-data yang anda tulis sendiri sembari melepaskan segala harapan-harapan, ketakutan dan kecemasan yang mungkin pernah ditanamkan dalam minda anda? Mampukah anda melihat diri anda melalui data-data yang anda tulis dengan cara pandang yang telus dan sederhana? Apakah anda dapat menyedari bagaimana keperibadian yang biasa anda lakukan dalam kehidupan sehari-hari?
2. Kini tuliskan riwayat pekerjaan anda. Anda boleh memulainya dari awal atau akhir. Yang penting adalah anda mampu melihat seluruh riwayat pekerjaan anda secara utuh. Mungkin di saat menulis itu, anda teringat pada hal-hal yang menyenangkan atau menyedihkan. Biarkan saja. Sekali lagi, pandanglah catatan riwayat pekerjaan anda sesederhana mungkin. Tetapi amati setiap kecenderungan yang muncul yang menerbitkan kegembiraan dalam pekerjaan anda.
3. Tuliskan riwayat pendidikan anda, sejak kecil hingga sekarang. Tuliskan pula ketrampilan dan hal-hal apa yang pernah anda pelajari. Sebahagian mungkin semakin terasah. Sebahagian lain terlupa begitu saja. Lihatlah seluruh riwayat pendidikan dan pengajaran anda secara utuh. Amati setiap kecenderungan yang membuat hidup anda terasa menyenangkan. Apakah anda mampu menemukan hubungan antara pendidikan anda dengan pekerjaan anda sekarang?
4. Cubalah menulis kegiatan-kegiatan yang anda lakukan. Biasanya itu adalah kegiatan yang menyenangkan dan membuat hidup terasa penuh ghairah. Boleh berupa hobi, organisasi sosial, agama, seni, olahraga, dan lain-lain. Apakah anda menemukan hubungan antara kegiatan-kegiatan ini dengan pekerjaan /karier,kehidupan anda sekarang?
5. Lihatlah diri anda kini secara utuh, sekali lagi dengan pandangan yang telus dan sederhana (tanpa dibebani harapan akan masa depan dan penyesalan pada masa lalu), mampukah anda menemukan diri anda sekarang sebagai sebuah simpul dari benang-benang masa lalu? Dapatkah anda menemukan hubungan dari semua ini?
Berjalan di atas potensi dan bakat diri selalu berkaitan erat dengan kebahagiaan dan ghairah hidup. Bila anda benar-benar mengerjakan sesuatu yang sesuai dengan potensi dan bakat, anda akan menemukan kegembiraan dan energi yang luar biasa besarnya. Kegiatan di atas hanya selembar kegiatan alternatif untuk mengenal titik-titik potensi yang memicu kebahagiaan dalam diri (bila sekarang anda masih boleh merasakan ghairah atas kegiatan anda di masa lalu, maka itu adalah ghairah yang muncul dari potensi diri anda.) Tentu tidak akan cukup lima point kegiatan di atas untuk benar-benar mengenal diri, kerana mengenal diri adalah proses yang terus berjalan – bahkan hingga akhir hayat. Namun setidaknya, dengan sedikit demi sedikit menguak apa yang ada dalam diri, anda akan menemukan sesuatu hal aturan sederhana: bahawa hanya dengan menjadi diri sendirilah seseorang menemukan kebahagiaan sejatinya. Dan, pengembangan diri semestinya bertujuan untuk menemukan kebahagiaan diri yang sejati, bukan yang lain.
NO.1,TAMAN SENDAYAN INDAH,JALAN DEPO,93050 PETRA JAYA KUCHING,SARAWAK.MALAYSIA
Jumaat, 12 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alamat,Blog & Website
Alamat:No.1,Taman Sendayan Indah,Jalan Depo,93050 Petra Jaya Kuching,Sarawak.Malaysia
Blog:
http://madinatulasrar.blogspot.com
http://rahsiaauratarikhlahir.blogspot.com
http://teknologisaintifikminda.blogspot.com
http://terapikalamullah.blogspot.com
http://pakarrawatantenagabatinlelaki.blogspot.com
http://kuncikecerdasanminda.blogspot.com
http://pakarrawatanbekam.blogspot.com
http://pakarrawatanresdung.blogspot.com
Website:
http://www.anugerahagung2u.com
Tel:0128802035(hotline)Email:masterrizal9000@yahoo.com
Blog:
http://madinatulasrar.blogspot.com
http://rahsiaauratarikhlahir.blogspot.com
http://teknologisaintifikminda.blogspot.com
http://terapikalamullah.blogspot.com
http://pakarrawatantenagabatinlelaki.blogspot.com
http://kuncikecerdasanminda.blogspot.com
http://pakarrawatanbekam.blogspot.com
http://pakarrawatanresdung.blogspot.com
Website:
http://www.anugerahagung2u.com
Tel:0128802035(hotline)Email:masterrizal9000@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan